Babak 10
###
Pagi tadi aku ade training MAPS pukul 9. bg aku pukul 9 adalah awal gile sebab biasenye pukul 9 aku masih berada di jalan raye. training tu diadakan dekat mercury room, sebuah bilik yg aku tdak tahu kewujudannye sehinggalah tadi. mostly yg datang tadi adalah newcomer. so dengan anxiously aku mengharap adelah "bidadari syurga" kali ni. kitorang kat sini gune term bidadari syurga utk gadis cun since kat sini awek cun adalah bagaikan tazmanian devil mahupun wolverine yakni amat sukar untuk didapati atau dilihat melainkan melalui discovery channel sahaja. dekat sini aku diberitahu ade 2 bidadari syurga tapi seorang janda pastu sorang lagi baru je kahwin "alahai.."
###
Tapi aku hampe. ade 5 orang. salah sorang mengandung. takde bidadari syurga kali ni. takpe boleh tunggu lagi. lepas instructor tu start bercakap, masuk seorang foreigner yg juge orang baru. terus instructor ni switch mode speaking pulak. tapi sayang, sebutan mahupun susun atur ayatnye membuatkan aku malu terhadap foreigner tersebut. sangat berterabur. aku rase foreigner tu lagi suke dengar die cakap melayu je. mase foreigner tu keluar sebab ade incoming call terus die cakap melayu balik dengan lancarnye dan speaking dengan teruk balik bile foreigner tu masuk bilik. "automatic switching.." tapi yg jelas die lagi selesa cakap melayu. somehow aku rase kesian kat die..
###
Rupenye foreigner tu Dr siut. name die Dr. Rashid AbdulHaleem Saeed dari Sudan dan dah menetap kat sini 5 tahun. aku kagum dengan mamat ni. die duduk sebelah aku. sepanjang aku datang training ke seminar pe bagai tak penah aku tengok orang yg boleh penuhkan 2 kertas A4 dengan graf la, flow chart la ape la. kagum siut. ni la level Dr. kot ek. tak bazirkan mase. memandang sesi tu sangat membosankan so die bagitau die tengah fikir idea dengan konsep projek baru die "mak aii.." aku malu. sebab aku conteng A4 jugak. tapi aku lukis kartun je..
###
Mase training tu mamat sebelah aku sorang lagi tanye "perempuan tu mengandung ke?" sambil memuncungkan mulut ke arah perempuan mengandung yg aku mention tadi. "huh..?" aku tak jawab. aku abaikan soklan itu. adekah penglihatan mamat ni terlalu teruk sampai tak dapat bezakan gemuk dengan mengandung? kasihan beliau..
###
Sebelum balik tadi aku singgah petronas cyberjaya. mase aku tunggu budak kaunter tu bagi duit baki. datang sorang macha nie dengan lagaknye. die membongkok ke arah kaunter sambil hulur note kertas 50. pastu die cakap..
.."omg..kaunter? lol!" die ingat ini bank ke. mahupun pejabat pos?? "hahaha..!!" jauh gile beza pam dengan kaunter. sepanjang aku isi minyak first time dengar orang sebut kaunter. aku cube tahan ketawa tapi tak berdaya. even budak kaunter tu pon tersengih dengar macha tu cakap. sambil berjalan, aku ketawa sendirian dan masih ketawa sambil isi minyak. lawak siut macha ni..
###
Sambung nanti..