UBAN DI GIGI RAMBUT


Babak 6

###

Huh. sekejap lagi dah nak pukul 1 dah. boleh stop kerja. nak buat entry baru "hehe.." lagipon bos aku takde. meeting dekat luar. opisku yg kelam ni makin suram. perut makin berkerincing. aku belum makan ape2 lagi ni. tak breakfast since aku lambat bangun pagi tadi. tapi bangun tadi rase macam semangat lebih pulak. berkobar-kobar je rase. dah lame tak drive maya..

###

Banyak sangat bende aku pendam dalam benak kepale aku lately. semalam aku tak boleh tido. last aku tengok jam mase mata masih tak boleh pejam is 3.00 freaking am. "masalah negara orang cakap.." uban dekat kepale ni jangan cakapla..makin banyak pulak termuncul di gigi rambut nih. orang cakap kalau banyak fikir nanti beruban. yelah kot. untuk menyedapkan hati sendiri aku setujulah..

###

Aku tak pegi lapor diri kat JPA lagi nih. hati aku tak tergerak lagi. harap tergerak sebelum surat saman sampai "
haha.." raja dengan wani dah lepas pon siap jadi PTD lagi. wani da busy tahap max lately since ade election kat k.terengganu tuh, raja handle ekonomi negara sekarang ni and 2-2 da ade usb modem. wishing u guys a good future ahead. aku bile entah. aku sayang dengan keja sekarang ni. aku rase selesa. comfort zone aku. aku tak boleh nak bayang aku buat keje management je nanti sampai tua lantas tinggalkan arena aku sekarang ni "uish.."

###

Sambung nti..lunch dulu!

KUCING SUSUKAN ANAK JIRAN


Babak 5

###

Huh. tadi aku makan menu yg same dekat tempat yg same. bihun goreng basah telur mate di maulana lama "wah its rhyme.." aku jenis orang yg kalau aku da ske makanan tu aku akan order makanan tersebut secara kerap sehingga muncul bunyi2 sinis dari persekitaran. salah ke aku makan bende yg same? dah bende tu sedap aku makan la selalu. mane boleh cume sebab aku ske makan bende same secara kerap aku dilabel sebagai orang yg mem-boringkan. kalau orang yang fun tak boleh makan bende sedap selalu maka dengan itu malaslah aku jadi orang fun "kehkehkeh.."

###

Petang tadi chatting dengan kak as. aku bagitau die aku nak naek cameron nanti. saje makan angin. terus hasut die belanje aku makan steamboat kat hotel pe ntah aku lupe name die. sebelah palm garden cafe. tujuan kitaorang suke makan steamboat kat situ sebab abang ipar aku kenal manager restoran hotel tu lantas bil pembayaran akan lebih sedikit berbanding sebenar plus kadar makanan yg lebih banyak dan servis yang bagus. maka, carilah kawan manager restoran hotel supaya mudah untuk kite memanipulasi hubungan persahabatan itu untuk kepentingan bersama..

###

Suasana dekat opis semakin suram. bukan sebab staff bosan ke ape. eh? mungkin juge "hehe.." tapi sekarang ni aku da capai tahap bosan buat coding enhancement utk projek yg da lame close. hari2 mengadap tu. aku perlukan cabaran "echeh.." tapi serius beb. aku mule rase bosan. sebab cabaran dah takde. tak sangke aku akan rase macam nie. aku ingat projek tu takkan membosankan aku. juge aku tak nafikan faktor staf yg agak boring. bile bersembang mesti cakap pasal kerja "adeh.." sangat "rasmi". cerita la pasal mak mentua yang lari dari rumah ke, kucing ko menyusukan anak jiran sebelah rumah ke, ape2 lah..ni tak..projek, keje, projek, keje. bosan siut..

###

Sambung nanti..

MANTERA KACAU AKU BERADU


Babak 4

###

Sekarang dah pukul 11.30 am. awal pulak aku bangun. ye, bagi aku selagi bukan pukul 1 maksudnye kadar kecepatan aku bangun adalah awal. mata tetibe cepat pulak celik pagi ni. maybe sebab pagi aku dicemari dengan bunyi "kung..kang..kung..kang" pinggan mangkuk keluarga india belakang rumah ni. tiap2 hari macam tu. masak kenduri ke ape ntah? "riuh bebeno.." even hari isnin lepas kalau aku tak silap, aku dengar dorang macam tengah bace mantera sejibik macam mantera scene dalam filem2 hindustan yg berjaya menembusi pasaran malaysia "aumm..shanti..bla..bla..bla..aum.." camtulah lebih kurang. tak ke aku cuak dengar. mane la tau kot2 die tengah bace nak membomohkan kitorang sebelah rumah die ni..

###

Actually, tiada plan yg dibuat untuk hari ni. as always. bosan sungguh weekend aku. nk bungy-jumping tak tau dekat mane ade. nak maen jetski mahal sangat lepas tu celah mane nak cari laut kat KL ni. so, arini aku nk belek2 maya lagi la. semalam tak puas. cakap sambil jungkit2 kening..

"hehehe.."

###

Sambung nanti..

KAMI DAH BERSAMA SEMULA


Babak 3

###

Yosh! tadi dlm pukul 4.25 pm tadi aku tumpang kereta pakcik nk ambik maya. aku suruh die singgah petronas sat sebab nak withdraw duit. Kalau korang eksiden dan still memegang lesen P, insurans akan kenekan less excess fee RM 400. "pergh..kopak aku.."

###

Sampai je kat petronas tuh seperti biase "out of service.." damn. pakcik kate takpe kite pergi public bank taman taming jaya tu. then sampai public bank pulak. dalam 3 atm kat situ, 2 rosak. 1 lagi dipenuhi dengan pelancong asing malaysia , org bangla dengan kemboja, yang beratur dalam tempat yg sempit tu beramai2. kenape ntah dengan dorang. suke bersempit2. naek bot masuk sini sempit2. beratur kat atm pon sempit2. yang menyakitkan hati, dalam ramai2 tu 2 orang je yg keluarkan duit. yg laen more like spectators. "what the hell.."

###

then Danny pon call. die tanye lambat lagi ke? die ade hal kot. aku kate da on the way da. then dekat sampai perodua tu pakcik ter-miss masuk simpang. so da terlajak pulak. aku kate takpela tak payah u-turn. berhenti dekat tepi je. then aku dengan kesam pon berjalan dengan gigih ke perodua. terus pergi bengkel dekat belakang. terus ternampak maya yg aku rindu sangat2. die still cun bagi aku. body still solid. Danny dgn geng die did a very good job bagi aku "well done.."

###

Sekarang aku da meniarap dalam bilik. baru balik dari maulana lama. pekena bihun goreng basah. kitorang naek maya..da lame aku tunggu utk nikmati driving pleasure feeling yg aku pernah rasekan dulu.. aku dan maya bersama semula "akhirnye sempurna.."

###

Sambung nanti..